ROYAL BELUM





Royal Belum adalah salah satu Hutan Tropikal  yang terletak di daerah Hulu Perak, bersempadan dengan Thailand disebelah utara dengan Lebuhraya Timur-Barat disebelah selatan dan disebelah Timur bersempadan dengan negeri Kelantan. Hutan Belum telah diisytiharkan sebagai Royal Belum oleh Sultan Perak, Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada tahun 2003. Royal Belum diwartakan di bawah Enakmen Perbadanan Taman Negeri Perak 2001 oleh Kerajaan Perak pada 17 April 2007. Kawasan seluas 117,500 hektar telah diwartakan sebagai Taman Negeri Royal Belum.

Pelbagai aktiviti dapat dilakukan di Royal Belum. Antaranya ialah :

1) Berkayak

Kayak









Di Royal belum, berkayak adalah aktiviti yang sentiasa menjadi tumpuan oleh semua pelancong. Ini disebabkan keadaan air tasik yang  yang tenang dan luas.                                                     



2 ) Bunga Rafflesia.








Bunga pakma atau dikenali sebagai bunga rafflesia merupakan bunga yang terbesar di dunia dan spesis yang terancam. Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai bunga tersebut. Spesis yang terdapat di Royal Belum ialah spesies R.cantleyi dan R.kerrii serta R.azlanii yang dinamakan sempena Almarhum Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Untuk melihat kecantikan bunga tersebut pelancong hendaklah mendaki sedikit bukit yang mengambil masa dalam 5 hingga 7 minit. 
                                                         


3) Jungle Trekking

Image result for 3) Jungle Trekking

Aktiviti yang lasak seperti jangle trekking amat  sesuai dilakukan
di sini .Hal ini kerana tempat tersebut menpunyai suasana yang sesuai .Selain itu, pelancong juga dapat merasa suasana kawasan yang penuh dengan flora dan fauna.



 4) Lawatan ke Perkampungan Orang Asli










Lawatan ke perkampungan orang asli ini merupakan aktiviti yang menarik kerana kita dapat melihat sendiri suasana kehidupan orang asli . disini juga terdapat kedai menjual pelbagai cenderahati untuk di jadikan kenangan.



5) House Boat








Di royal belum terdapat pelbagai jenis House boat menarik dan unik. Pelancong yang ingin menaiki house boat hendaklah mebuat tempahan awal . Didalam house boat ini terdapat pelbagai kemudahan seperti tandas , tempat tidur , set karoke dan banyak lagi.



6) Bermain Dengan Ikan Kelah










Akitivi bermain dengan ikan kelah ini paling mendapat sambutan para pelancong . Tetapi pencong tidak dibenarkan membawa pulang ikan tersebut ataupon menjadikan ikan tersebut sebagai hidangan.



7) Bersiar-siar menaiki bot

Image result for speed boat royal belum

 Bersiar-siar menaiki bot ini selalunya mengambil masa 2 jam untuk pusing 1 pulau banding ini. Bot boleh memuatkan 12 penumpang dalam satu masa.


8) memancing











Di Royal belum memang menjadi tempat tumpuan oleh pemancing. Ini kerena terdapat pelbagai ikan yang berbagai saiz boleh didapati di sini dengan suasana yang tenang bertambah lagi seronok untuk memancing.

9) Hidangan istimewa di Belum Rainforest Resort

Image result for makanan di royal belum resort

Makanan yang lazat di sediakan mengikut citara pelanggan.

Penginapan di Belum Rainforest resort 3*


Belum Rainforest Resort 3*
Jenis Bilik   2 – 3 Pax 4 – 8 Pax9 – 12 Pax
Standard Twin Sharing520465399
Standard Triple Sharing480445375
Deluxe Hill Quad Sharing500485
Kanak-kanak446440330
Tambahan harga cuti sekolah101010
24NOTES: 

HARGA INI TERMASUK DENGAN SEGALA AKTIVITI, MAKAN, DAN PENGINAPAN YANG ADA DI DALAM PAKEJ UNTUK SEORANG KECUALI TAMBANG TIKET PERJALANAN DAN INSURAN.








AKTIVITI

HARI 1 (KL –ROYAL BELUM)
  • Bertolak ke Royal Belum. 
  • Daftar masuk resort. 
  • Berkumpul di jeti royal belum
  • Bersiar-siar pusing Pulau Royal Belum. 
  • Memancing. 
  • Berehat dan makan malam di resort. 

HARI 2 
  • Sarapan pagi
  • Berkumpul di jeti Royal Belum sebelom menaikki bot
  • Jungle treking di dalam pulau
  • Melawat tempat bunga rafflesia 
  • Mandi-manda di air terjun
  • Makan petang di air terjun 
  • Balik ke resort dan berehat. 
  • BBQ di resort(malam). 
HARI 3 
  • Sarapan pagi
  • Berkumpul di jeti Royal Belum. 
  • Memancing. 
  • Lawatan ke Perkampungan Orang Asli. 
  • Lawatan ke kawasan ikan kelah dan bermain@mandi bersama ikan kelah. 
  • Berkayak. 
  • Makan petang. 
  • Balik ke resort dan persiapan untk daftar keluar resort 

No comments:

Post a Comment